Agar si manja anda sentiasa sihat, selesa dan gembira.
Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Adakah perlu untuk kita sendawakan bayi setelah dia menyusu?
Ya, sangat perlu.
Sendawa adalah cara untuk mengeluarkan angin yang terkumpul dari dalam perut.
Semasa menyusu, bayi akan menyedut udara dan menelan udara tersebut sekali dengan susu.
Udara atau angin ini akan berkumpul di dalam perut bayi dan boleh menyebabkan kejadian seperti kembung perut, muak atau muntah sebelum kenyang.
Dan yang lebih merisaukan ia boleh menyebabkan terjadinya kes tersedak susu.
(Kes dimana susu yang dimuntahkan oleh bayi akan ditelan semula dan masuk ke salur pernafasan)
Oleh kerana bayi tidak berupaya untuk melakukan sendawa sendiri, bantuan dari kita amat penting.
Berapa kerap perlu sendawakan bayi?
Bayi perlu disendawakan untuk setiap sesi penyusuan.
Semasa menyusukan bayi, sendawakan bayi sekurang-kurangnya 1 atau dua kali.
Jika bayi anda kelihatan tidak selesa atau kelihatan cerewet, hentikan penyusuan dan cuba sendawakan.
Jika anda menyusukan bayi secara eksklusif, cuba sendawakan setiap kali bertukar posisi.
Selain itu, bayi kadang-kadang perlu disendawakan semasa tidur.
Kadang-kadang bayi akan terbangun daripada tidur kerana tidak selesa dengan angin dalam perut.
Cuba sendawakan si manja anda sebelum menidurkan ia semula.
Bagaimana cara sendawakan bayi?
Untuk sendawakan bayi anda hanya perlu letakkan telapak tangan anda di belakang bayi.
Kemudian gosok, usap dalam bentuk bulatan perlahan-lahan atau tepuk secara lembut.
Untuk menepuk, buatkan telapak tangan anda bentuk seperti ini:
Bentuk telapak tangan ini lebih selesa untuk bayi berbanding tepukan biasa.
Lakukan proses ini sehinggalah kedengaran bunyi sendawa / angin dikeluarkan.
Bayi mungkin akan termuntah semasa sendawa.
Untuk mengelakkan suasana yang comot ketika menyendawakan bayi, sediakan kain atau bib (lapik, alas dada).
Terdapat beberapa cara @ posisi yang boleh anda cuba semasa proses menyendawakan bayi.
Anda boleh cuba 3 cara posisi ini dan lihat mana satu yang sesuai dan selesa untuk anda dan bayi anda.
1. Cara Sendawa Posisi Bahu
Posisi anda duduk tegak (atau berdiri) dengan bayi dipegang rapat menghadap arah anda.
- Pastikan dagu bayi diletakan dengan selesa diatas bahu anda.
- Gunakan tangan pada bahagian bayi menyandar untuk mengendong bayi.
- Sebelah tangan lagi anda gunakan untuk mengusap dan menepuk lembut bahagian belakang bayi.
- Berikan sedikit tekanan pada perut bayi menggunakan bahagian dada anda.
- Lakukan beberapa ketika sehingga bayi sendawa.
- Sedikit pergerakan badan mungkin membantu proses sendawa ini.
2. Cara Sendawa Posisi Tangan / Duduk
Bayi diletakkan dalam posisi duduk diatas riba / paha anda.
- Dudukkan bayi diatas riba / paha anda.
- Dengan menggunakan sebelah tangan sokong kepala dan badan bayi. Sangat penting terutama bagi bayi yang berumur kurang dari 3 bulan (tulang leher masih lemah).
- Kedudukan tangan anda untuk menyokong kepala dan badan bayi adalah seperti berikut:
- Condongkan sedikit badan bayi ke hadapan.
- Gunakan sebelah tangan lagi untuk mengosok dan menepuk lembut belakang bayi.
- Lakukan untuk seberapa ketika sehingga bayi sendawa.
3. Cara Sendawa Posisi Riba
Bayi diletakkan dalam posisi meniarap diatas riba / paha anda.
- Letakan kain / lapiskan atas riba anda.
- Tiarapkan bayi diatas paha anda.
- Sokong kepala pada bahagian dagu bayi dengan tangan anda.
- Pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
- Gunakan sebelah tangan lagi untuk mengusap dan menepuk lembut belakang bayi.
- Berikan sedikit tekanan pada perut bayi menggunakan bahagian paha / lutu anda.
- Lakukan untuk beberapa ketika sehingga bayi sendawa.
Kongsikan jika post cara sendawakan bayi ini bermanfaat pada anda!
Jangan lupa like page momhill untuk info-info terkini!
(Sumber gambar: myhealth.gov.my)