Checklist Barang Ibu ke Hospital [Penting]

barang keperluan bersalin

Senarai semak keperluan bersalin paling penting perlu disediakan untuk ibu ke hospital.

Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Segala barang keperluan bersalin harus lengkap selewat-lewatnya pada usia kandungan ibu 36 minggu kehamilan.

Risau bila kehamilan melangkau 36 minggu, bila-bila masa sahaja ibu akan dimasukkan ke hospital jika terdapat tanda-tanda untuk bersalin.

Nanti tak sempat sediakan semuanya.

Sini kami sediakan checklist barang ibu ke hospital untuk rujukan anda.

Berikut merupakan senarai ringkasnya:

Bila dah lengkap nanti terus simpan siap-siap dalam kereta, agar tak kalut bila tiba masanya.

Checklist Barang Ibu ke Hospital

Berikut merupakan senarai keperluan untuk ibu.

Untuk memudahkan rujukan, kami juga sediakan versi pdf untuk dicetak sini: Checklist Barang Ibu ke Hospital (PDF Download).

1 Dokumen penting

Antara dokumen penting yang perlu disediakan adalah kad pengenalan/IC, buku prenatal atau buku berklinik, insuran kesihatan jika ada.

Sediakan juga photocopy IC anda, photocopy IC suami dan mungkin rekod perkhawinan. Kemungkinan akan diminta dan akan meyenangkan urusan.

2 Kad bank, wang tunai

Disarankan untuk membawa sedikit wang tunai sebagai persedian jika anda perlu membeli sesuatu ketika berada di hospital.

Kad bank pula sediakan untuk tujuan penggunaan jika diperlukan.

3 Handphone, powerbank, pengecas

Semasa dalam proses menunggu anda mungkin perlukan handphone untuk kegunaan komunikasi, untuk mengambil gambar, menenangkan fikiran dan sebagainya.

Sebagai persediaan juga disarankan untuk bawa powerbank yang sudah siap dicas kerana besar kemungkinan ibu tidak dibenarkan untuk cas handphone atau tiada tempat mengecas berdekatan.

4 Tudung sarung

Bagi yang beragama islam, sediakan satu atau 2 pasang untuk kegunaan ketika berada di wad.

Pilih yang jenis tudung sarung kerana ia memudahkan pemakaian.

Tudung sarung seperti ini: https://shopee.com.my/product/9737125/21889603813

5 Telekung

Begitu juga dengan telekung. Sediakan siap-siap untuk digunakan pabila waktu solat tiba.

6 Baju, kain batik/skirt

Semasa berada di wad hospital, kita biasanya akan diberikan baju khas. Namun sediakan juga sepasang baju khas untuk kegunaan kecemasan untuk menjamin keselesaan anda.

Pilih baju longgar mudah ditanggalkan dan dipasangkan dengan kain sarung atau skirt panjang.

7 Baju Panas / Sweater

Sediakan baju panas seperti jaket atau sweater. Kebiasaanya suhu di wad agak sejuk.

8 Stokin tebal

Stokin penting untuk melindungi kaki anda daripada sejuk dan agar anda sentiasa selesa. Bawa sekurang-kurangnya 3 pasang dan pilih yang jenis tebal dan tidak ketat.

Contoh stokin tebal sesuai: https://shopee.com.my/product/469488842/21169369545

9 Selipar / kasut slip-on

Sediakan selipar atau kasut jenis slip on yang tidak licin dan kalis air/cepat kering. Anda perlukannya semasa berada di wad nanti.

10 Pampers dewasa, Pad bersalin

Ibu harus memakai sesuatu untuk menyerap darah dan cecair yang akan keluar selepas bersalin nanti.

Pihak hospital mungkin akan menyediakan satu atau dua pasang, tetapi lebih baik jika anda sediakan sendiri untuk lebih yakin dan selesa.

Boleh pilih sama ada nak pakai pampers dewasa supaya tidak ada yang bocor atau pakai pad bersalin atau pad overnight.

11 Nursing bra

Sediakan juga bra khas iaitu nursing bra. Ia memudahkan ibu untuk menyusukan bayi dan juga menjamin keselesaan ibu.

Contoh nursing bra pilihan: https://shopee.com.my/product/814779219/17879434382

12 Seluar dalam pakai buang

Untuk seluar dalam, disarankan untuk memakai seluar dalam jenis pakai buang agar lebih mudah untuk ibu. Pilih jenis yang lembut untuk keselesaan pemakaian.

Contoh seluar dalam pakai buang: https://shopee.com.my/product/255447415/20878700324

13 Getah rambut

Bagi ibu yang mempunyai rambut panjang, jangan lupa untuk sediakan getah pengikat rambut agar lebih selesa.

14 Makanan tenaga

Sepanjang tempoh menunggu untuk bersalin, apatah lagi bila hampir tiba masanya bayi sudah gerak nak keluar, ibu tidak akan ada masa untuk makan hidangan penuh.

Untuk kekalkan tenaga, disarankan ibu makan makanan pemberi tenaga seperi kurma, coklat bar, snicker dan yang sejenis denganya.

15 Air minum

Sediakan juga air minum yang cukup.

16 Sabun mandi, Shampoo

Sediakan juga untuk kebarangkalian anda perlu menggunakannya sewaktu berada di wad.

17 Berus dan ubat gigi

Untuk kebersihan mulut ibu, gigi perlu diberus seperti biasa.

18 set penjagaan diri

Jika ibu mempunyai set penjagaan lain selain daripada sabun dan set berus gigi contohnya, pencuci muka, deodoran, losyen dan sebagainya. Jangan lupa juga bawa.

19 krim payudara

Berguna terutamanya bagi ibu yang mempunyai kulit sensitif. Semasa menyusukan bayi nanti, dalam proses membiasakan diri, puting susu mungkin akan berasa sakit, luka dan menjadi sensitif.

Krim dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit dan menjadikan proses penyembuhan lebih cepat.

Contoh krim pilihan: https://shopee.com.my/product/12318473/6969174192

20 Bantal, selimut

Untuk lebih selesa, jika cukup ruangan boleh bawah bantal yang empuk dan selimut yang lebih selesa dari rumah.

21 Sanitizing wipe

Untuk kebersihan dan kesihatan ibu, untuk sanitize tangan or mana-mana bahagian jika perlu. Selepas pandemik baru-baru ini, keperluan untuk sanitize menjadi wajib bagi semua orang.

22 Tisu, tisu basah

Tisu kering untuk mengelap basah atau lembab, tisu basah untuk membersihkan bahagian-bahagian yang perlu jika ibu merasa tidak selesa.

23 Minyak angin

Minyak angin sebagai persediaan rasa tidak selesa ketika berada di hospital contohnya masuk angin, loya dan pening.

24 Cermin mata / kanta sentuh

Bagi ibu yang menggunakan cermin mata atau kanta sentuh jangan lupa.

25 earphone / earbud

Sebagai tambahan jika ibu mahu mendengar muzik atau melihat video ketika dalam proses menunggu tanpa menggangu penginap wad yang lain.

Selain daripada senarai diatas, mungkin ada tambahan keperluan khas ibu. Semoga post checklist barang ibu ke hospital bermanfaat.

Selamat menyambut kelahiran bayi!

Kongsikan post ini pada bakal-bakal ibu ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *