Top 8 Dapur Gas Terbaik di Malaysia [Edisi 2024]

dapur gas terbaik

Pilihan terbaik, berkualiti dan popular di Malaysia.

Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Anda mahu membeli dapur gas baru?

Dalam post kali ini, momhill ingin mengkongsikan beberapa pilihan dapur gas terbaik.

Kerana untuk membuat pilihan agak sedikit mencabar, banyak faktor yang kena lihat.

Antara faktor yang selalu mempengaruhi proses pemilihan dapur gas adalah:

  • Kegunaan – Untuk memasak masakan jenis bagaimana, perlu api kuat atau tidak, nak guna untuk rumah, camping, demo, gerai dan sebagainya
  • Kecekapan – Adakah sistem pebakaran baik, menjimatkan gas dan masa memasak. Kadar pelepasan asap bagaimana.
  • Ruang dapur – Adakah saiz dapur gas bersesuaian dengan ruang yang ada di dapur anda.
  • Bajet – Bagaimana dengan bajet anda, dapatkan yang terbaik untuk bajet anda.
  • Fungsi keselamatan – Apakah fungsi tambahan atau keselamatan yang ada pada dapur gas pilihan.
  • Jumlah pembakar – Adakah jumlah pembakar bersesuaian dengan saiz / bilangan penghuni rumah. Boleh jimatkan masa memasak.
  • Jarak pembakar – Jarak antara pembakar penting untuk memastikan anda boleh guna pelbagai jenis dan saiz periuk belanga.
  • Material – Tengok apa bahan yang digunakan. Ini akan mempengaruhi ketahanan lasak dapur gas tersebut.

Dan tidak lupa juga faktor lain seperti rating pembeli, jumlah jualan serta review positif/negatif.

Untuk pengetahuan bersama juga, terdapat 3 standard kategori kekuatan api pembakar dapur gas iaitu:

  1. Pembakar dapur gas 0.6kW – Pembakar kecil untuk kegunaan seperti merenehkan, memanaskan dan mencairkan. Contohnya mencairkan bar coklat, majerin, atau merenehkan sup tanpa terbakar.
  2. Pembakar dapur gas 1.7kW – Pembakar jenis biasa untuk kegunaan pelbagai seperti memanaskan air, stim, mengoreng. Contohnya goreng ikan, masak nasi, stim sayur, masak kari dan sebagainya.
  3. Pembakar dapur gas 2.6kW – Pembakar api besar untuk kegunaan seperti gril, roast, searing dan selanjutnya. Terdapat pembakar dapur gas yang boleh mencapai kekuatan lebih 4kW untuk tujuan masakan resepi tertentu.

Berikut merupakan senarai dapur gas yang kami syorkan berdasarkan kelebihan masing-masing:

Teruskan membaca untuk info lanjut.

1 Pensonic PPG-2003N – Dapur Gas Jenis Portable

Pensonic PPG-2003N dapur gas terbaik jenis portable

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Dapur gas Pensonic PPG-2003N adalah dapur gas jenis portable dengan satu pembakar yang mudah untuk digunakan dan dibawah kemana-mana. Dapur gas ini sesuai digunakan untuk aktiviti luar seperti perkhemahan, steamboat, gerai dan sebagainya. Ia adalah produk berkualiti daripada pengeluar dipercayai di Malaysia – Pensonic.

Berikut ringkasan maklumat dapur gas ini:

  • Kecekapan – Jimat dan cekap dari segi penggunaan tenaga. Kadar penggunaan gas 185g/j dengan kekuatan sehingga 2.6kW sesuai untuk pelbagai kegunaan. Ia juga dilengkapi dengan pengawal kekuatan api.
  • Dimensi – Berat 1.5kg, saiz 34x28x10cm, dan mempunyai kotak penyimpanan untuk memudahkan diangkut kemana-mana.
  • Harga – Dalam lingkungan RM48 – 56. Berpadanan dengan kualiti dan fungsi yang ditawarkan.
  • Ciri keselamatan – Menggunakan gas kartij (3-5kg), liquid guard untuk mengelakkan kebocoran gas dan pelepasan asap kurang daripada 800ppm.
  • Bilangan pembakar – Satu sahaja.
  • Jarak antara pembakar – Tiada, boleh guna semua periuk belanga saiz kecil hingga medium dan tidak terlalu berat.
  • Material – Pembakar diperbuat daripada die-case aluminium alloy tahan lasak dan tahan panas. Badan diperbuat daripada cold-roll steel dan disalut dengan cat untuk lebih lasak dan mudah dibersihkan.

Dapur gas Pensonic PPG-2003N ini berbaloi sebagai pilihan kerana ia memudahkan, terdapat ciri keselamatan, boleh digunakan untuk banyak jenis masakan terutamanya untuk yang suka aktiviti luar, mahu membuat steamboat, gerai atau untuk dewasa bujang yang jarang memasak. Ia juga mempunyai waranti 12 bulan dari Pensonic.

2 Milux YS-3030B – Murah dan Mencukupi

Milux YS-3030B dapur gas terbaik yang murah dan mencukupi untuk segala jenis penggunaan.

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Dapur gas Milux YS-303B adalah dapur gas dengan 2 pembakar yang sesuai untuk memasak pelbagai jenis masakan dan kegunaan didalam dan juga luar rumah. Ia adalah produk daripada Milux, syarikat tempatan Malaysia yang menawarkan peralatan yang berkualiti dengan harga berpatutan.

Berikut ringkasan maklumat dapur gas ini:

  • Kecekapan – Dilengkapi dengan 2 pembakar berkuasa 2.4kW. Kuasa yang cukup untuk memasak pelbagai jenis masakan.
  • Dimensi – Berat 3.5kg, saiz 71×38.5×11 cm. Tidak terlalu berat dan saiz juga agak compact.
  • Harga – Harga bermula daripada RM69.00 di platform seperti Lazada dan Shopee.
  • Ciri keselamatan – Menggunakan sistem piezo ignition untuk menghidupkan api lebih mudah dan selamat. Dilengkapi dengan sistem ‘cut flame’ yang mana akan memutuskan sumber gas jika api terpadam tanpa sengaja oleh tiupan angin.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar berdiameter 100mm, 2 ruang untuk memasak dalam masa yang sama.
  • Jarak antara pembakar – Jarak 30CM antara pembakar, ruang cukup untuk menempatkan 2 periuk/belanga saiz medium dalam masa yang sama.
  • Material – Pembakar diperbuat daripada stainless steel tahan lasak dan tahan panas. Badan besi disalut dengan epoxy untuk lebih lasak dan mudah dibersihkan.

Dapur gas Milux YS-303B ini berbaloi sebagai pilihan kerana harganya yang agak murah dan fungsi yang cukup untuk memasak pelbagai jenis masakan, 2 pembakar cukup untuk saiz keluarga kecil dan sederhana, dilengkapi dengan ciri keselamatan dan juga mempunyai waranti 13 bulan dari Milux.

3 Midea MGS-T211G – Lebih jimat & selamat

Dapur gas Midea MGS-T211G

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Dapur gas Midea MGS-T211G adalah dapur gas dengan permukaan kaca yang dilengkapi dengan 2 pembakar yang boleh menggunakan gas jenis NG atau LPG. Ia adalah produk daripada Midea, pengeluar peralatan berkualiti dengan harga berpatutan bertaraf antarabangsa.

Berikut ringkasan maklumat dapur gas ini:

  • Kecekapan – Dilengkapi dengan 2 pembakar berkuasa 4.7kW, kuasa yang cukup, pemanasan yang cepat untuk memasak. Kadar penggunaan gas adalah 20% kurang daripada dapur gas yang sama jenis denganya.
  • Dimensi – Berat 7.25kg dengan ukuran 720x350x140mm, dalam kategori compact dan ringan, mudah untuk disimpan atau dialihkan.
  • Harga – Anggaran harga dalam RM162-RM178 di platform seperti shopee dan Lazada.
  • Ciri keselamatan – Menggunakan kombinasi bateri dan sistem piezo ignition untuk menghidupkan api lebih mudah dan selamat. Dilengkapi dengan sistem ‘cut flame’ yang mana memutuskan bekalan gas jika api terpadam oleh tiupan angin atau tumpahan air. Ia juga dilengkapi dengan sistem child-lock.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar berdiameter 100mm, 2 ruang untuk memasak dalam masa yang sama.
  • Jarak antara pembakar – Jarak 30CM antara pembakar, ruang cukup untuk menempatkan 2 periuk/belanga saiz medium dalam masa yang sama.
  • Material – Kepala pembakar diperbuat daripada bahan stainless steel yang tahan kepada suhu tinggi. Badan pula diperbuat daripada bahan epoxy yang tahan lasak dan mudah dibersihkan.

Dapur gas ini berbaloi untuk dimiliki kerana memberikan penjimatan penggunaan gas sebanyak 20% dan juga dilengkapi dengan sistem keselamatan yang agak baik. Dapur gas ini juga mempunyai waranti 13 bulan daripada pengeluar.

4 Kaufman ZP-B101B – Dual use: Table top / built-in

Kaufman ZP-B101B dapur gas terbaik

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Dapur gas Kaufman ZP-B101B tampil dengan kelebihan api yang kuat dan lebih stylish dengan rekabentuk moden dan permukaan tempered glass. Ia boleh digunakan sebagai dapur gas table top atau pun dipasang sebagai dapur gas built-in di dapur anda.

  • Kecekapan – Dilengkapi dengan 2 pembakar berkuasa 5.2kW, mampu menghasilkan kadar kepanasan api dengan cepat dan cukup untuk api memasak yang seimbang. Ia juga menggunakan electronic ignition system dengan kuasa bateri untuk memulakan api dengan mudah dan selamat.
  • Dimensi – Berat 5kg dengan ukuran badan 730x410x90mm, masih dalam kategori mudah untuk dipindahkan dan disimpan.
  • Harga – Anggaran harga dalam RM145-RM178 di platform seperti Lazada dan Shopee.
  • Ciri keselamatan – Mempunyai sistem ‘cut flame’, kepala pembakar yang diperbuat daripada stainless steel tahan panas dan juga dilengkapi dengan sistem ‘child-lock’.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar berdiameter 100mm, 2 ruang untuk memasak dalam masa yang sama.
  • Jarak antara pembakar – Jarak 30CM antara pembakar, ruang cukup untuk menempatkan 2 periuk/belanga saiz medium dalam masa yang sama.
  • Material – Permukaan badan diperbuat daripada ‘black crystal tempered glass’. Tempat kuali pula disalut dengan enamel untuk lebih lasak dan mudah dibersihkan.

Dapur gas ini berbaloi untuk dimiliki kerana memberikan api yang kuat dan dalam masa yang sama jimat penggunaan 30% gas, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang baik dan tampil lebih bergaya dengan rekabentuk moden.

5 Hulmer – Kombinasi pembakar api dan infra red

hulmer gas stove

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Dapur Gas Hulmer adalah kombinasi pembakar biasa dan pembakar infra red yang dikenali dengan kecekapannya dan juga rekabentuknya yang moden. Ia menjadi pilihan kerana kemampuannya untuk menjimatkan penggunaan gas dan penghasilan asap yang kurang.

  • Kecekapan – Dilengkapi dengan 2 pembakar iaitu jenis biasa dan juga jenis infra red. Menjimatkan sehingga 37% penggunaan gas.
  • Dimensi – Ukuran badan 70×36.5x11CM.
  • Harga – Anggaran harga dalam RM125 di platform seperti Lazada dan Shopee.
  • Ciri keselamatan – Baik untuk kesihatan kerana menghasilkan asap yang kurang.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar. Pembakar biasa + pembakar infra red.
  • Jarak antara pembakar – Ruang cukup untuk menempatkan 2 periuk/belanga saiz medium dalam masa yang sama.
  • Material – Permukaan badan diperbuat daripada tempered glass yang tahan panas dan mudah dibersihkan. Tempat meletak kuali pula dilengkapi dengan elemen anti karat dan anti-oksida.

Berbaloi dari segi kecekapan, keselamatan dan rekabentuk terutamanya kepada pengguna yang mahukan udara yang lebih bersih ketika memasak atau pun alergi kepada asap.

6 Elba EGH-J8552G(BK) – Berkualiti dan bergaya

Elba EGH-J8552G(BK) dapur gas terbaik

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Dapur gas Elba EGH-J8552G(BK) adalah dapur gas jenis built-in yang terkenal dengan rekabentuk berkualiti tinggi dan juga prestasinya yang baik. Ia juga boleh digunakan sebagai dapur gas table top.

  • Kecekapan – Dilengkapi dengan 2 pembakar triple ring, dengan kuasa 5.0kW. Ini membolehkan pemanasan yang pantas dan cekap.
  • Dimensi – Ukuran badan 760x440mm. Ukuran untuk tapak built-in pula adalah 650x350mm. Berat 13.19kg
  • Harga – Anggaran harga dalam RM397 di platform seperti Lazada dan Shopee.
  • Ciri keselamatan – Dilengkapi dengan electronik auto ignition system.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar. Disertakan juga support untuk wok.
  • Jarak antara pembakar – Ruang cukup untuk menempatkan 2 periuk/belanga dalam masa yang sama.
  • Material – Permukaan badan diperbuat daripada tempered glass yang tahan panas dan mudah dibersihkan. Tempat kuali diperbuat daripada cast iron.

Berbaloi dari segi kecekapan, keselamatan dan rekabentuk moden. Para pembeli terdahulu memberikan komen positif seperti produk ELBA mengkagumkan, dapur gas memudahkan penggunaan kerana dapat memanaskan masakan dengan cepat dan kelihatan sangat bergaya dengan permukaan kaca gelap.

7 Midea MGH-8216SS – Pilihan moden

Midea MGH-8216SS dapur gas built in terbaik

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

Dapur gas Midea MGH-8216SS adalah dapur gas jenis built-in yang terkenal kerana kecekapan dan juga rekabentuknya. Ia adalah antara pilihan popular pengguna kerana prestasi berbaloi dengan harga.

  • Kecekapan – Dilengkapi dengan Bi-hybrid combustion system yang mana mengaktifkan gas sebanyak 2 kali untuk memastikan campuran yang sempurna dengan gas oksigen untuk menghasilkan api yang lebih kuat, 65% lebih cekap dari segi penggunaan gas. Ini untuk memastikan masakan dapat disediakan dengan lebih cepat menggunakan kurang tenaga. Kekuatan 5.8kW.
  • Dimensi – Ukuran badan 720x420mm.
  • Harga – Anggaran harga dalam RM380 di platform seperti Lazada dan Shopee.
  • Ciri keselamatan – Dilengkapi dengan temp-sensing flame failure. Di mana bekalan gas akan diputuskan jika api dengan tidak sengaja terpadam.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar.
  • Jarak antara pembakar – Cukup untuk menempatkan 2 periuk besar dalam masa yang sama.
  • Material – Badan diperbuat daripada stainless steel yang tahan lasak, mudah dibersihkan dan dijaga.

Dengan harga yang ditawarkan Midea MGH-8216SS berbaloi dari segi kecekapan, keselamatan dan ketahanan. Rekabentuk yang menarik dan moden ditambah dengan prestasinya yang baik menjadikan dapur gas ini pilihan terbaik untuk pelbagai kategori pengguna daripada suri rumah hinggalah ke tukang masak profesional.

8 Sukinbo – Canggih, bergaya dan selamat

SUKINBO gas stove

Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Shopee

Dapur Gas Sukinbo, pilihan popular untuk kegunaan rumah dan juga komersial. Dikenali dengan kecekapan, reka bentuk unggul dan sistem keselamatanya.

  • Kecekapan – Dapur gas ini mencapai 70% kecekapan haba dan diklasifikasikan sebagai kategori level 1 dalam energy afficiency appliance. Dengan kepala pembakar siklon api berganda untuk penjimatan tenaga dan kecekapan penukaran haba yang tinggi.
  • Dimensi – Ukuran badan 710x370x85mm.
  • Harga – Anggaran harga dalam RM479 di platform seperti Lazada dan Shopee.
  • Ciri keselamatan – Dilengkapi dengan thermocouple induction dan gravity child lock. Juga mempunyai kaki yang boleh dinaik turun untuk lebih stabil. Dilengkapi juga dengan timer.
  • Bilangan pembakar – 2 pembakar. Pembakar boleh diangkat (flip) untuk memudahkan pembersihan.
  • Jarak antara pembakar – Cukup untuk menempatkan 2 periuk besar dalam masa yang sama.
  • Material – Badan diperbuat daripada tempered glass dan stainless steel.

Berbaloi untuk pengguna yang mahukan keseimbangan dari segi kecekapan, keselamatan dan style pada dapur mereka.

Semoga post senarai dapur gas terbaik ini dapat membantu anda membuat pilihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *