Perkara penting yang patut diketahui untuk kesihatan ibu.
Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Caesar atau C-section adalah bersalin cara pembedahan yang memerlukan masa dan penjagaan yang lebih berbanding bersalin normal.
Dalam post ini saya kongsikan apakah tips penting untuk ibu yang bersalin Caesar.
Berikut isi kandungan post ini:
Teruskan membaca untuk info lanjut.
1 Rehat secukupnya sebanyak yang boleh
Anda perlukan tidur yang lebih banyak berbanding biasa selepas bersalin Caesar.
Pastikan kesemua barang-barang yang anda dan bayi perlukan berada ditempat yang mudah anda capai tanpa perlu bergerak banyak.
Minta pertolongan daripada suami atau keluarga terdekat untuk apa-apa aktiviti yang mungkin menggunakan tenaga dan pengerakan.
Untuk 2 minggu pertama, elakkan mengangkat apa-apa barang yang beratnya melebihi berat bayi.
2 Ambil ubat tahan sakit seperti yang dinasihatkan
Jika doktor berikan dan nasihatkan untuk makan ubat tahan sakit, ikut nasihat doktor.
Jangan cuba untuk menahan sakit, terutamanya pada minggu pertama selepas bersalin Caesar.
Ubat tahan sakit membantu anda untuk rasa lebih selesa dan pulih dengan cepat.
Selalunya ubat tahan sakit yang diberikan selamat untuk ibu menyusukan anak.
3 Pastikan bekas luka pembedahan bersih dan kering
Ikut nasihat doktor atau jururawat tentang bagaimana cara penjagaan bekas luka pembedahaan.
Periksa setiap hari untuk tanda-tanda jangkitan kuman seperti kulit kemerahan, membengkak atau nanah.
Jika terdapat tanda-tanda tersebut segeralah berjumpa dengan doktor dan jangan tangguhkan.
4 Cuba posisi menyusu yang berbeza
Anda boleh mula menyusukan anak sejurus selepas bersalin Caesar.
Akan tetapi, anda mungkin perlu mencuba posisi penyusuan yang berbeza sehingga dapat posisi yang benar-benar sesuai untuk anda.
Antara posisi penyusuan yang disyorkan adalah posisi pegangan bola sepak (football hold) dan posisi menyusu berbaring sisi.
5 Makan makanan yang sihat dan seimbang
Pilih makanan yang kaya dengan protein, fiber, vitamin dan mineral untuk membantu proses penyembuhan dan memberikan tenaga.
Elakkan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam kerana makanan jenis ini akan membuatkan keadaan dan perasaan anda bertambah tidak baik.
Minum air secukupnya untuk elak masalah sembelit.
6 Lakukan senaman berjalan ringan
Senaman berjalan boleh mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan sembelit dan menjadikan mood anda lebih baik.
Mulakan dengan berjalan dalam jarak yang pendek dan perlahan-lahan tambahkan jarak mengikut keselesaan dan kemampuan anda.
Jangan lakukan secara berlebihan dan memaksa diri.
7 Sokong bahagian perut / abdomen
Anda mungkin akan berasa sakit atau tekanan pada bahagian abdomen apabila anda batuk, bersin atau ketawa.
Untuk meredakan ketidakselesaan, anda boleh letakkan bantal atas bahagian abdomen dan peluk atau tekan secara lembut menggunakan telapak tangan.
8 Pakai pakaian yang longgar dan selesa
Elakkan memakai pakaian yang ketat yang boleh bergesel dengan kawasan atau bahagian luka pembedahan.
Pilih pakaian lembut dan mudah tembus pengudaraan seperti kain cotton.
Anda mungkin perlu memakai bra/coli dengan saiz yang sesuai yang boleh menyokong payudara, selesa dan tidak memudaratkan terutama pada bahagian puting payudara.
9 Elakkan memandu sehingga benar-benar sembuh
Memandu kereta sejurus selepas bersalin Caesar atau semasa dalam proses penyembuhan adalah tidak digalakkan sama sekali dan berbahaya.
Anda mungkin tidak dapat bertindakbalas dengan cepat atau menekan brek dengan kuat apabila perlu.
Selain daripada itu, elakkan memandu jika mengambil ubat.
Sebaiknya tanya nasihat doktor bila masa anda boleh memandu semula atau tunggu sehingga anda benar-benar sembuh.
10 Dapatkan sokongan emosi
Bersalin secara Caesar akan memberikan pelbagai kesan berbeza pada emosi anda.
Anda mungkin akan rasa gembira, lega, kecewa, bersalah atau tekanan.
Adalah normal untuk mempunyai perasaan yang bercampur-aduk selepas pembedahan besar seperti bersalin caesar.
Jangan simpan, cuba share dan kongsikan perasaan anda dengan suami, ahli keluarga, kawan atau kaunseling jika perlu.
Jika perlu anda juga digalakkan untuk menyertai kumpulan sokongan yang terdiri daripada ibu lain yang pernah menjalani pengalaman bersalin Caesar.
Ini juga membantu anda untuk pulih dari segi emosi.
Semoga dengan tips penjagaan ibu bersalin Caesar ini para ibu dapat sembuh dengan lebih cepat.
Ingat nasihat doktor dan jangan teragak-agak untuk meminta bantuan jika perlu.
Jaga diri dan juga bayi anda.