Bila Masa Sesuai untuk Makan Vitamin C?

masa sesuai makan vitamin c

Perlu tahu agar dapat memanfaatkan sepenuhnya vitamin ini.

Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364

Sebagai panduan umum, masa sesuai untuk makan vitamin C adalah:

Pada waktu pagi, ketika perut tengah kosong, diambil dengan segelas air.

Ini kerana, Vitamin C adalah jenis vitamin yang larut dalam air dan murah untuk diserap oleh badan.

Apabila ia diambil dengan perut kosong bersama segelas air, ia akan diserap kedalam badan dengan lebih baik.

Namun begitu, kebiasaan diatas hanya boleh digunapakai dalam situasi normal dimana tiada sebarang faktor lain yang perlu diambil kira.

Jika anda mengalami reaksi badan tertentu, mengambil suplemen lain atau mengambil ubat-ubatan, kebiasaan yang dinyatakan diatas mungkin tidak sesuai untuk anda.

Dalam post ini, kita cuba fahami bila masa yang terbaik untuk makan Vitamin C untuk keadaan normal dan juga keadaan-keadaan dimana faktor lain wujud.

Dalam post ini:

Vitamin C, Fungsi & Faedah

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik adalah nutrien yang sangat penting yang diperlukan oleh badan kita.

Nutrien ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita sendiri. Kita perlu mendapatkannya daripada sumber luar seperti sayuran dan buah-buahan.

Apakah fungsi Vitamin C ini?

Antara fungsi penting Vitamin C dalam badan kita adalah:

  • Bertindak sebagai antioksida yang membantu melindungi sel-sel badan kita daripada radikal bebas
  • Membantu proses penyembuhan luka
  • Membantu pembentukan dan memastikan tulang, tulang rawan, kulit dan salur darah kita dalam keadaan baik dan sihat
  • Meningkatkan sistem imun badan agar kita sentiasa sihat
  • Membantu penyerapan mineral seperti zat besi daripada makanan yang kita makan

Vitamin C baik untuk badan, namun tidak bermaksud pengambilan berlebihan memberikan faedah.

Kadar pengambilan Vitamin C bergantung pada umur, keadaan kesihatan, gaya hidup atau keadaan tubuh badan seseorang.

Sebagai panduan umum, kadar pengambilan maksima harian Vitamin C adalah 2000mg. Vitamin C yang berlebihan tidak dapat disimpan dalam badan dan akan dibuang melalui air kencing.

Pengambilan Vitamin C berlebihan juga mungkin akan menyebabkan keadaan seperti:

  • Cirit-birit
  • Rasa mual
  • Muntah
  • Pedih ulu hati
  • Perut kejang
  • sakit kepala

Oleh itu, kita ambil dalam kadar keperluan yang secukupnya sahaja.

Masa Terbaik untuk Makan Vitamin C

Bilakah masa sesuai untuk makan Vitamin C?

Jawapan yang tepat adalah bergantung kepada situasi atau faktor yang mungkin kita hadapi ketika mengambil Vitamin C ini.

Kita pecahkah kepada 4 situasi yang mungkin kita akan hadapi iaitu:

  1. Untuk situasi normal
  2. Untuk situasi perut memulas
  3. Untuk situasi pengambilan bersama suplemen zat besi
  4. Untuk situasi pengambilan bersama ubat-ubatan lain

Kita lihat satu persatu:

1. Untuk situasi normal

Seperti yang dinyatakan diawal post ini, dalam keadaan normal dan tanpa sebarang faktor atau situasi lain, masa sesuai untuk makan Vitamin C adalah:

Pada waktu pagi, ketika perut tengah kosong, diambil dengan segelas air.

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air. Ini bermakna ia akan diserap dengan lebih mudah ke dalam badan bersama air.

Pengambilan pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong menjadikan serapan Vitamin C ini menjadi lebih efektif.

Boleh tak Vitamin C ini diambil pada waktu-waktu lain? Contohnya sebelum tidur…

Jawapannya, boleh.

Namun, berbalik kepada persoalan asal kita, waktu terbaik adalah waktu pagi ketika perut sedang kosong untuk memastikan Vitamin C yang kita ambil diserap dengan baik.

Sebagai tambahan, Vitamin C baik diambil pada waktu pagi kerana ia juga membantu memberikan kita tenaga untuk lebih fokus pada aktiviti harian.

Vitamin C tidak memberikan kita tenaga secara langsung. Tetapi kewujudannya diperlukan dalam proses penghasilan tenaga daripada protein, karbohidrat dan lemak.

Dalam konteks ini, pengambilan Vitamin C pada waktu malam seperti agak merugikan.

2. Untuk masalah perut memulas

Kadang-kadang pengambilan Vitamin C dalam keadaan perut kosong akan membuatkan sesetengah individu mengalami sakit perut / perut memulas.

Jika anda mengalami masalah seperti ini masa yang terbaik untuk makan Vitamin C adalah:

Waktu pagi bersama-sama sarapan / makan pagi.

Bagi sesetengah individu, sifat semulajadi berasid Vitamin C ini akan menyebabkan kesan iritasi pada sistem penghadaman dan menimbulkan masalah seperti rasa mual, perut sakit, memulas, pedih ulu hati dan perut kejang. lebih-lebih lagi jika dalam keadaan perut kosong.

Pengambilan bersama sarapan atau makan pagi akan mengurangkan kadar keasidan Vitamin C ini membolehkan ia diterima oleh badan kita.

Alternatif lain, kita boleh rendahkan dos Vitamin C yang diambil atau mengambil Vitamin C tidak berasid seperti ini:

Bio-life Non-Acidic Vitamin C
Bio-life Non-Acidic Vitamin C untuk Perut Sensitif. Lihat produk dalam pilihan dibawah:

Lihat di Lazada

Lihat di Shopee

3. Untuk pengambilan bersama suplemen zat besi

Untuk situasi dimana kita perlu mengambil suplement zat besi dan Vitamin C bersama-sama, seperti golongan ibu mengandung, anak kecil dan penderma darah, masa terbaik untuk makan Vitamin C adalah:

Pada waktu pagi, ketika perut tengah kosong, diambil dengan segelas air sekali dengan suplement zat besi.

Vitamin C membantu penyerapan penuh zat besi. Pengambilan bersama pada waktu pagi memberikan manfaat yang terbaik.

Adalah terbaik untuk memberi masa 30 minit ruang masa untuk penyerapan kedua-dua suplemen ini sebelum mengambil apa-apa makanan lain.

Elakkan pengambilan makanan seperti susu, kalsium, antacids, makanan tinggi fiber atau minuman berkafein bersama kombinasi suplemen ini kerana ia akan menganggu penyerapan.

4. Untuk pengambilan bersama ubat-ubatan

Bahagian ini agak kritikal dan perlu diambil berat.

Jika anda sedang mengambil sebarang supplemen atau ubat-ubatan lain, adalah baiknya dapatkan maklumat lebih lanjut dahulu atau nasihat doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengambil bersama Vitamin C.

Kesan atau reaksi Vitamin C terhadap ubat-ubatan tersebut mungkin wujud.

Berikut saya senaraikan beberapa ubat-ubatan / suplemen yang tidak sesuai diambil bersama Vitamin C:

  • Antacids yang mengandungi Aluminium – Antacid digunakan untuk melegakan GERD, pedih ulu hati dan ketidakselesaan perut. Vitamin C boleh menyebabkan penyerapan berlebihan Aluminium dan menyebabkan ia menjadi toxic dalam badan.
  • Levodopa – Untuk merawat Parkinson. Vitamin C jika diambil bersama mengurangkan kesan ubat ini.
  • Ubat mencairkan darah – Vitamin C menjadikan ubat ini kurang berkesan.
  • Rawatan kemoterapi – Pengambilan vitamin C semasa rawatan mengurangkan kesan ubat kemoterapi.
  • Pil perancang – Vitamin C meningkatkan hormon estrogen. Ia mungkin menjadikan kesan pil berkurangan.
  • Statins – Vitamin C mungkin akan berinteraksi dengan ubat kolestrol ini.

Untuk masa terbaik pengambilan Vitamin C dalam situasi seperti ini dicadangkan untuk dapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah.

Semoga post berkenaan masa sesuai makan vitamin C ini bermanfaat untuk rujukan bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *