Asas atau skill penting untuk membesarkan anak dengan lebih efektif dan gembira.
Momhill mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Dalam post ini kami ingin kongsikan 5 tips ibu bapa iaitu:
Cuba amalkan semua tips ini dan anda pasti bersetuju dengan kami.
Tapi dengan syarat, anda mestilah konsisten dan barulah berhasil. Jangan hari ini amalkan, besok tidak dan lusa amalkan semula.
Mari kita lihat satu persatu:
1 Bercakap dengan jelas dan mendengar
Anda perlukan cara yang efektif untuk menyampaikan idea, kemahuan dan hasrat kepada anak anda.
Cara ini dipanggil komunikasi.
Bercakap dengan jelas, tepat dan tanpa banyak bebelan dan pada masa yang sama luangkan masa untuk mendengar.
Dalam apa jenis perhubungan pun, jika kita tidak mahu atau tidak mampu untuk berkomunikasi dengan efektif, lambat laun pasti akan ada masalah yang mendatang.
Bercakap dengan jelas dan spesifik adalah kunci utama.
Kebanyakkan individu pada masa kini mengamalkan cara percakapan yang samar-samar ataupun tidak jelas.
Siapa pun akan menjadi bingung apabila kita bercakap tetapi tidak jelas apa sebenarnya yang kita mahukan.
Mungkin cara bercakap seperti ini baik untuk ahli politik tapi bukan untuk ibubapa.
Semasa bercakap dengan anak mestilah jelas dan spesifik. Harus di ingati bahawa, cara anda menafsirkan sesuatu percakapan adalah berbeza dengan cara anak anda menafsirkannya.
Misalnya, apabila anda memberikan arahan ‘bersihkan bilik’ pada anak anda, pada tafsiran anda arahan ini bermaksud, sapu, lap cermin, kemaskan katil dan sebagainya. Tapi pada tafsiran anak anda, arahan ini mungkin bermaksud ‘pastikan tiada benda yang bertempiaran’.
Oleh itu, apabila bercakap atau memberikan arahan, mestilah spesifik. Jelaskan maksud ‘bersihkan bilik’ tersebut pada mereka.
Membebel adalah penyakit atau masalah besar dalam komunikasi. Kanak-kanak tidak suka mendengar kita membebel, mengomen, mengomel marah,merepek dan sebagainya.
Kanak-kanak lebih suka jika kita terus kepada inti percakapan kita. Jika percakapan kita terlalu panjang dan berputar belit, fikiran mereka akan hilang fokus dan melayang ke arah benda lain. Satu benda yang kita cakap pun tak sampai.
Komunikasi juga bermaksud kita mendengar. Komunikasi dua hala. Anda bercakap kemudian mendengar. Tanpa mendengar, itu bukanlah komunikasi tetapi memenuhi ruang dengan bunyi bising.
Kadang-kadang menyampaikan sesuatu seperti cara peguam juga sangat membantu. Contohnya, ‘Kita nak masuk kedai, jangan buat perangai’. Yang mana bagi anda ia bermaksud ‘Kita nak masuk kedai. Jangan sentuh apa-apa, jangan ambil apa-apa, jangan menjerit atau buat bising, jangan rosakkan balutan barang dan sila berjalan ditepi ibu’.
Bila anda kata ‘jangan buat perangai’, jelaskan dengan spesifik maksud ‘jangan buat perangai’ tersebut. Kerana ayat yang sama mungkin ditafsirkan dengan cara berbeza oleh anak kita.
Kadang-kadang kita perlu juga fikir dan sertakan tindakan dalam percakapan kita.
Contohnya, anda mempunyai anak kecil. Ketika membeli belah, anak anda menyentuh barang-barang yang ada berdekatan. Kemudian anda berkata ‘jangan sentuh’. Selepas beberapa ketika, anak anda mula menyentuh semula. Kemudian anda ulang balik arahan jangan sentuh tadi.
Situasi ini akan berulang-ulang sehinggalah anda menyedari apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya perlu menjauhkan anak anda daripada barang tersebut.
2 Sentiasa konsisten, tetap dan berterusan
Ia umpama gasing yang berpusing. Apabila ia berpusing, ia konsisten dan berdiri teguh. Apabila pusingannya menjadi perlahan, menjadi tidak konsisten, ia akhirnya menjadi goyah dan jatuh.
Tips ibu bapa yang seterusnya, konsisten, bermaksud menetapkan peraturan atau amalan, tetap dengan peraturan tersebut dan tidak mengubahnya ketika berhadapan dengan cabaran.
Ia bermaksud bukan boleh tak boleh dengan anak. Sekalipun bila rasa seperti kasihan, penat atau malas menjelma. Kena tetap dan tegas.
Mungkin menjadi ‘kosisten’ ini adalah bahagian yang paling susah sebagai ibubapa. Contohnya, anak kecil naik meja, anda angkat dia turun, cakap dengan dia tak boleh. Setiap kali anak naik meja anda kena lakukan tindakan yang sama. Jangan selepas beberapa kali anda rasa tak larat dan pura-pura tak nampak.
Anda mungkin penat dengan perihal seperti ini, tapi anak kecil sentiasa penuh dengan tenaga dan akan terus melakukan perkara ini tanpa rasa bosan atau penat.
Menjadi seorang yang konsisten dengar seperti mudah. Tetapi ia sebenarnya satu skill yang perlu diasah untuk benar-benar menguasainya.
Sebagai ibubapa, anda berhadapan dengan anak anda yang comel, nangis, merayu, tangan kecil meminta-minta, dengan mata yang berair. Mudah sahaja konsisten anda jadi rapuh.
Kena kuat, kena tetap dan kena konsisten. Anak kecil anda sangat-sangat memerlukan tunjuk ajar ini dari anda. Mereka perlu tahu dan faham peraturan, mana boleh mana tak boleh, mana okay dan mana tak okay, dan mereka perlukan anda menjadi konsisten untuk melaksanakanya.
Banyak keadaan dimana konsisten perlu wujud. Contohnya masa tidur, masa makan, masa buat kerja rumah, peraturan dalam rumah dan sebagainya.
Jika anda tidak konsisten akan timbul masalah dengan anak anda pada masa akan datang.
3 Fikir sebelum cakap, buat seperti cakap
Fikir dahulu sebelum bercakap dan kemudian lakukan seperti apa yang anda perkatakan.
Ia bermaksud anda buat apa yang telah dicakapkan.
Ini juga bermaksud anda tegas dan benar-benar melakukan tindakan, konsisten dan bukan hanya sekadar untuk menakut-nakutkan anak.
Sebelum anda melaksanakan ‘buat seperti cakap’ seperti ini, anda kena berikan anak pilihan terlebih dahulu.
Apabila anda berikan pilihan pada anak, ia mengelakkan diri anda daripada ‘dibuli’ oleh anak, menegaskan posisi anda sebagai ibubapa dan membolehkan anak membuat pilihan.
Kunci utama disini adalah, anda kena fikir dahulu sebelum memberikan pilihan tersebut.
Contohnya, bila anda kata ‘Duduk baik-baik atau ibu tak bagi makan langsung’. Adakah anda benar-benar tak akan bagi makan langsung?
So kena fikir baik-baik supaya anda dapat melaksanakan tips ‘buat seperti cakap’ ini.
Jangan pula kata seperti ini ‘Baik Aiman buat kerja rumah sekarang, kalau tidak tahulah nanti’.
Yang ini ambil jalan mudah dan tak memberikan apa-apa ajaran pada anak.
Baik anda katakan seperti ini ‘Kalau Aiman tak buat kerja rumah sekarang, petang nanti Aiman tak boleh keluar main dengan Abu’.
Dan kalau anak tak juga buat kerja rumah, anda boleh follow up seperti ini ‘Aiman pilih untuk tak buat kerja rumah, oleh kerana pilihan tu, petang ini Aiman tak boleh keluar bermain dengan Abu’ dan anda buat seperti yang anda cakap, tak benarkan anak keluar bermain.
Tips ‘buat seperti cakap’ ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak untuk buat pilihan sendiri malah juga dapat membentuk perangai anak.
Anak buat pilihan dan tindakan selanjutnya adalah kesan daripada pilihan mereka sendiri.
Semasa memberikan pilihan tu, kenalah fikir baik-baik. Kenalah sesuatu yang wajar dan dapat untuk dilaksanakan.
Contohnya jangan pula cakap ‘tak buat kerja rumah, sampai bila-bila tak boleh keluar bermain’.
4 Belajar untuk banyak bersabar
Apakah maksud sabar, bersabar dan kesabaran?
Untuk ibubapa, kesabaran bermaksud untuk tidak membenarkan perkara yang dilakukan oleh anak mengganggu anda. Kerana anak adalah kanak-kanak yang mana sememangnya mempunyai tingkahlaku keanak-anakkan.
Mempunyai kesabaran adalah bermaksud anda mempunyai kebolehan untuk merancang lebih kehadapan, memahami tingkahlaku kanak-kanak dan memahami hal dan masalah diri sendiri dan akhirnya faham bahawa tingkahlaku anak yang mengganggu anda sebenarnya adalah masalah diri anda sendiri.
Mereka hanyalah anak kecil yang mana sudah tentu akan melakukan sesuatu hal seperti anak kecil lain.
Kesabaran bererti anda memahami perkara ini lebih dahulu dan melakukan sesuatu untuk menghadapi situasi-situasi yang mana akan berlaku dan memberi gangguan pada anda.
Anak kecil nangis tengah malam, pampers penuh, melompat sana sini, menjerit dan sebagainya. Ini semua realiti kanak-kanak. Oleh itu, apa yang anda boleh lakukan untuk menghadapi realiti seperti ini agar anda tidak naik angin?
Kesabaran adalah:
- Mengambil masa lebih dari sepatutnya untuk melakukan sesuatu
- Memberi peluang berjam-jam pada anak anda untuk memilih alat mainan kesukaanya dan kemudian tak sampai 5 minit dah dirosakkan.
- Memahami bahawa anak anda adalah kanak-kanak yang mana memang akan membuat hal dan perangai
- Memahami diri sendiri, mengambil masa untuk mencari jawapan keatas soalan ‘kenapa saya marah’
5 Mahir menguruskan tingkah laku anak
Tangan yang tak berkerja akan mendatangkan masalah. Begitu juga dengan tangan yang terabai.
Jika anak berasa bosan dan tak tahu nak buat apa, ataupun jika mereka mahukan perhatian dari anda, mereka akan melakukan sesuatu yang mana menghiburkan bagi mereka dan bermacam perkara untuk menarik perhatian anda.
Conteng dinding, bermain air, bermain dengan selimut, bermain dengan barangan kepunyaan anda dan sebagainya.
Sebenarnya aktiviti seperti ini bukanlah salah anak. Mereka hanyalah kanak-kanak yang cuba menjadi kreatif untuk mengisi masa dan menghilangkan kebosanan mereka.
Bila anak tersebut membesar, kebosanan seperti ini akan menjadi punca penglibatan diri kepada gejala sosial.
Kemahiran untuk menguruskan tingkahlaku anak, bermaksud kebolehan anda untuk memastikan anak anda sibuk dan terisi waktu terluangnya sepanjang masa.
Memberikan anak anda waktu untuk diri sendiri mungkin merupakan idea yang baik. Dimana mereka boleh menggunakan imaginasi sendiri untuk mencipta keseronokan sendiri. Akan tetapi, jika anda membantu menguruskan masa mereka dan memberikan perhatian pada mereka, mereka tidak akan mengisi masa dengan membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.
Dan jangan lupa juga untuk memberikan mereka pujian dan rangsangan untuk setiap perlakuan baik contohnya jika mereka berjaya melakukan aktiviti yang anda tetapkan seperti menyusun alat mainan, mengemas bilik tidur dan seterusnya.
Pujian menguatkan persepsi anak terhadap perbuatan baik yang mana membuatkan anda gembira. Kanak-kanak suka membuatkan ibubapa mereka gembira. Mereka akan melakukan hal yang sama untuk mendapat lebih pujian daripada ibubapa.
Mungkin anda lihat perlakuan ini serupa seperti manipulasi. Tidak dapat dinafikan.
Tetapi kita harus sedar bahawa, kanak-kanak sebenarnya sangat mahir untuk memanipulasikan ibubapa atau orang dewasa. Oleh itu, berada tingkat atas permainan manipulasi mereka ini adalah tanggungjawab anda.
Memanipulasikan tingkah laku anak mengawal tingkahlaku anak memastikan anak anda sentiasa gembira, selamat dan jauh dari masalah dan juga membolehkan anda menyertai sebahagian daripada aktiviti harian, tingkah laku dan persekitaran mereka.
Kesimpulannya, tips ibu bapa untuk menguruskan tingkahlaku anak adalah:
- Pastikan tangan sentiasa sibuk
- Berikan perhatian dengan cukup
- Berikan pujian dan rangsangan
Infographic tips menjadi ibu bapa yang hebat
Download infographic sini: Tips ibu bapa hebat
Jangan lupa share dan like facebook page momhill!